kekalkan

kekalkan

Monday, April 29, 2013

Wajib Baca : Hakikat Yang Perlu Pas Masjid Tanah Melaka Telan Walaupun Pahit

Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Paya Mengkuang. Pemimpin-pemimpin Pas pun ada ??? dalam bulatan merah tu kalau tak silap calon Pas N01 Kuala Linggi, mana pergi kopiah ustaz ??? dan yang pakai kopiah tu siapa pula yer ??? Rasanya mcm pemimpin2 Pas di Masjid Tanah. Wah! hebat sungguh pemimpin-pemimpin Pas di Masjid Tanah ni.

Dilarang sama sekali seorang muslim menghadiri majlis munkar atau majlis yang terdapat kemungkaran di dalamnya kecuali dengan tujuan untuk membenterasnya jika ia merasakan mampu berbuat demikian. Jika ia telah hadir tanpa mengetahui adanya munkar di dalam majlis itu, ia hanya ada dua pilihan. Pertama, menegur kemungkaran tersebut dan kedua keluar dari majlis jika tegurannya tidak dihiraukan.

Di dalam al-Quran, antara sifat 'Ibadurrahman (hamba-hamba Tuhan yang rahman) yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Furqan ialah (yang bermaksud); "Dan mereka tidak menghadiri tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya" (al-Furqan; 72). Menurut tafsiran ulamak Tafsir, maksud "...tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang..", antaranya ialah; Pertama, Perayaan-perayaan orang kafir (pendapat Abu al-‘Aliyah, Tawus dan Ibnu Sirin). Kedua, Majlis-majlis yang batil dan keji (pendapat Imam ‘Amru bin Qies, Dr. Wahbah az-Zuhaili) dan yang Ketiga, Majlis yang dihidangkan arak (pendapat Imam az-Zuhri).

Pesuruhjaya Pas Melaka pun ada dalam majlis ni. Sebab kemaruk sangat Pas nak menang kerusi pertama di Melaka, semua benda boleh jadi walaupun ianya bertentangan dengan islam.


Wah! banyak poster di gantung "Undilah Pas" Betul-betul kemaruk nak menang kerusi pertama di Melaka ni hehehe

Majlis ini berlansung pada Oktober 2012. Tetapi inilah hakikat yang perlu Pas Kawasan Masjid Tanah dan Melaka kena terima dan walaupun pahit untuk ditelan. Kerana kemaruk nak menang kerusi pertama di Melaka dan kerana undi, mereka sanggup menggadaikan maruah mereka sendiri dan agama. Bukan ke Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam ??? Nak di bandingkan Pas dan UMNO/BN KLIK SINI


P/S : Kepada pencacai2 seluruh Masjid Tanah, ko orang kena terima hakikat ini walaupun ko orang ni kalau nak berlawan fakta ntah ape2 aku tengok hahahaha .. Baik ko orang pesan kat calon Pas Perlimen Masjid Tanah ko tu, sebelum nak ubah Masjid Tanah ni, ubah dulu dan sekolahkan Ustaz2 dan pemimpin2 Pas di Masjid Tanah tu dulu okey .. Rasa-rasa tak boleh pegi balik Pahang dan jangan nak menyibuk kat Masjid Tanah ni heheh Anda nak tahu kisah benar mengenai calon BN dan PAS di Masjid Tanah KLIK SINI

No comments: