kekalkan

kekalkan

Friday, April 19, 2013

Wajib Baca : Kisah Calon BN Dan Pas P134 Masjid Tanah

P134 Masjid Tanah merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional di Negeri Melaka. Pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 yang lepas, semua calon dari UMNO menang di kerusi Parlimen dan Dun masing-masing. Penyandang kerusi Parlimen Datuk Wira Abu Seman Yusop yang merupakan Timb. Menteri Dalam Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah menang majoriti yang mudah pada kedua-dua PRU yang lepas. 

Pada PRU13 kali ini, kerusi parlimen P134 Masjid Tanah bertukar wajah dengan mempertaruhkan seorang calon wanita dan orang muda. Mas Ermieyati Samsudin, Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka, dicalon untuk mempertahakan kubu kuat BN di P134 Masjid Tanah. Bagaimapun dicabar oleh PAS yang juga meletakkan calon muda iaitu Mohd Nasaie Ismail, Setiausaha Akbar Presiden PAS untuk merebut P134 Masjid Tanah.

Perbezaan di antara kedua-dua calon ini adalah ; 


Calon BN P134 Masjid Tanah, Mas Ermieyati ini adalah anak jati di Masjid Tanah, lahir di Hospital Besar Melaka dan menetap di alamat No. 7227 Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah Melaka. Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka sehingga darjah 6. Seterusnya mendapat tawaran ke Sekolah asrama penuh di Sekolah Tun Fatimah JB. Menunaikan tanggungjawap sebagai seorang warganegara Malaysia dengan mengundi di DUN N03 Ayer Limau dan di P134 Masjid Tanah.


Manakala calon PAS ini pula tak tahu mana asal usulnya. Dengar cerita bukan anak tempatan dari Melaka mahupun berasal dari Masjid Tanah. Mana tidaknya, mengundi pun di DUN Jengka dan P087 Kuala Krau. Rasanya calon ini orang Pahang. Anak Pahang sejati dan tulen dari Pahang. Jika benar sudah menetap lama di Melaka dan Masjid Tanah, masakan alamat Kad Pengenalan tidak ditukarnya ??? masa tak ada ke BRO nak tukar alamat ??? bagaimana nanti nak beri masa waktu menjadi pemimpin di Masjid Tanah bersama rakyat ???. Seterusnya menukar tempat mengundi di Masjid Tanah? Nampak sangat Sabtu dan Ahad balik Pahang hehehe...

Anda mahu lagi ??? 


Apa kurang hebatnya dengan Mas Ermieyati calon BN anak muda dan anak tempatan dari Masjid Tanah ini ??? Beliau juga berpendidikan tinggi, berpengalaman luas dalam bidang politik. Beliau bukan setakat memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian saja. Kalau anda nak tahu, sila rujuk di bawah ini ; 




 
*** KHAS buat pencacai PR di Masjid Tanah. Kita berkata menggunakan fakta, bukan main bubur sahaja macam pencacai yang kuat makan DEDAK ni. Berapa KILO satu hari NASAIE bagi kamu makan DEDAK ??? hehehehe

Sewaktu Nasaie hingusan ni lagi dan belajar di UM, Mas Ermiyatie ni dah menjadi seorang yang bekerjaya dan memegang jawatan politik yang tinggi di Masjid Tanah, Negeri Melaka dan peringkat kebangsaan Malaysia. Cacai PR di Masjid Tanah tolonglah guna fakta yang betul. Jangan bubur main sedap ajer hehehe... 

"Gambar di atas ialah Mahasiswa UM- PMIUM ppro PAS iaitu Mohd Nasaie Ismail mahasiswa tahun akhir UM. Dulu beliau ialah Presiden Kelab Islam Hadhari UM (berlakon baik depan TNC sebagai kelab yang sokong kerajaan). Sekarangnya tembelangnya pecah. Beliau kelihatan dalam team parti Keadilan." Selanjutnya KLIK SINI  

P/S : Yang pentingnya rakyat dan penduduk di Masjid Tanah bukan tak sedar yang calon PAS ini bukan anak tempatan. Mana lah dia ni tahu selok belok Masjid Tanah. Mengapa perlu ingin bertanding di kawasan P134 Masjid Tanah ini ??? sedangkan mengundi pun di luar. Agak2 lah kan sempat tak Nasaie ni balik mengundi pada 5 Mei 2013 ini ??? hehehe UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL P134 Masjid Tanah. 

No comments: