kekalkan

kekalkan

Monday, April 29, 2013

Wajib Baca : Hakikat Yang Perlu Pas Masjid Tanah Melaka Telan Walaupun Pahit

Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Paya Mengkuang. Pemimpin-pemimpin Pas pun ada ??? dalam bulatan merah tu kalau tak silap calon Pas N01 Kuala Linggi, mana pergi kopiah ustaz ??? dan yang pakai kopiah tu siapa pula yer ??? Rasanya mcm pemimpin2 Pas di Masjid Tanah. Wah! hebat sungguh pemimpin-pemimpin Pas di Masjid Tanah ni.

Dilarang sama sekali seorang muslim menghadiri majlis munkar atau majlis yang terdapat kemungkaran di dalamnya kecuali dengan tujuan untuk membenterasnya jika ia merasakan mampu berbuat demikian. Jika ia telah hadir tanpa mengetahui adanya munkar di dalam majlis itu, ia hanya ada dua pilihan. Pertama, menegur kemungkaran tersebut dan kedua keluar dari majlis jika tegurannya tidak dihiraukan.

Di dalam al-Quran, antara sifat 'Ibadurrahman (hamba-hamba Tuhan yang rahman) yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Furqan ialah (yang bermaksud); "Dan mereka tidak menghadiri tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya" (al-Furqan; 72). Menurut tafsiran ulamak Tafsir, maksud "...tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang..", antaranya ialah; Pertama, Perayaan-perayaan orang kafir (pendapat Abu al-‘Aliyah, Tawus dan Ibnu Sirin). Kedua, Majlis-majlis yang batil dan keji (pendapat Imam ‘Amru bin Qies, Dr. Wahbah az-Zuhaili) dan yang Ketiga, Majlis yang dihidangkan arak (pendapat Imam az-Zuhri).

Pesuruhjaya Pas Melaka pun ada dalam majlis ni. Sebab kemaruk sangat Pas nak menang kerusi pertama di Melaka, semua benda boleh jadi walaupun ianya bertentangan dengan islam.


Wah! banyak poster di gantung "Undilah Pas" Betul-betul kemaruk nak menang kerusi pertama di Melaka ni hehehe

Majlis ini berlansung pada Oktober 2012. Tetapi inilah hakikat yang perlu Pas Kawasan Masjid Tanah dan Melaka kena terima dan walaupun pahit untuk ditelan. Kerana kemaruk nak menang kerusi pertama di Melaka dan kerana undi, mereka sanggup menggadaikan maruah mereka sendiri dan agama. Bukan ke Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam ??? Nak di bandingkan Pas dan UMNO/BN KLIK SINI


P/S : Kepada pencacai2 seluruh Masjid Tanah, ko orang kena terima hakikat ini walaupun ko orang ni kalau nak berlawan fakta ntah ape2 aku tengok hahahaha .. Baik ko orang pesan kat calon Pas Perlimen Masjid Tanah ko tu, sebelum nak ubah Masjid Tanah ni, ubah dulu dan sekolahkan Ustaz2 dan pemimpin2 Pas di Masjid Tanah tu dulu okey .. Rasa-rasa tak boleh pegi balik Pahang dan jangan nak menyibuk kat Masjid Tanah ni heheh Anda nak tahu kisah benar mengenai calon BN dan PAS di Masjid Tanah KLIK SINI

Edisi Kantoi Pencacai Pas Masjid Tanah Yang Penipu Besar #Pas Dun Tanjung Bidara

Sebelum memulakan cerita, BDJ Tertarik dengan kenyataan ini "So,jika dah dasar PARTI UMNO penipu, ketuanya PENIPU, pemimpinnya PENIPU, maka segala macai dan cacainya akan jadi PENIPU!!" Petikan ini di ambil dari salah satu blog pembangkang di Masjid Tanah. Rasa nak tergelak pun ada melihat kenyataan dan gelagat si tuan yang empunya blog ini hehehe .. Siapa penipu dan sesiapa yang tertipu ???

Kadang kala apabila kita bercerita mengenai sesuatu perkara atau isu tertentu, kita perlulah menggunakan fakta serta bukti yang kukuh untuk diperjelaskan kepada semua pihak. Janganlah kita menunjukkan diri kita yang tidak berapa cerdik ini demi kepentingan politik dan diri sendiri.

Semua pembaca di blog BDJ sedia maklum yang calon Pas bagi kerusi P134 Masjid Tanah bukanlah anak tempatan, setelah BDJ dan rakan-rakan di Masjid Tanah membongkar isu ini. Maka timbul lah beramcam-macam komen dari puak2 pembangkang dan pencacai Pas di Masjid Tanah ni. hehehehe

Penyokong-penyokong serta pencacai Pas di Masjid Tanah ini bukan tidak tahu yang calon mereka ini bukan dari kalangan anak tempatan. Mereka mensahihkan ceritanya melalui komen-komen di facebook. Ada yang kata tak salah biarlah dia orang luar sekalipun, asalkan dia "nak berbakti tempat isteri dia...bole tgk sini la, Kita tarak tipu maa". Lihat artikel di bawah ini ;


Kenyataan di atas merupakan salah seorang pencacai dan penipu besar Pas di Masjid Tanah ini. Yang pelik dan menjadi tanda tanya pada BDJ serta rakan-rakan yang lain. Adakah isteri kepada calon PAS ini betul2 berasal dari Melaka??? Hebat juga ada pencacai Pas mengatakan yang isterinya orang GADEK. "Bini dia org gadek....so ade mslh ke?" Sila lihat artikel di bawah ini ;


Jadi persoalannya di sini, siapa yang menipu??? dan siapa yeng tertipu??? Untuk makluman kepada penduduk di P134 Masjid Tanah serta pengundi-pengundi di Masjid Tanah, jangan lah kita tertipu dan terpedaya dengan kata-kata mereka ini. Mereka ini hanya pandai berkata-kata serta suka buat apa sahaja, asalkan orang akan percaya.

Disebabkan kebodohan, kelantangan, kebiadaban penyokong serta pencacai Pas di Masjid Tanah ini, dengan mencabar rakan-rakan BDJ untuk membuktikan adakah betul kenyataan mereka yang mengatakan bahawa isteri kepada calon PAS Masjid Tanah orang Melaka???

INI BUKTINYA !!!

Kepada pencacai Pas di Masjid Tanah, tolong tanya kepada calon anda, betulkah `Amiratul Munirah Binti Yahaya' isterinya??? Mengundi di Sek. Keb. Bandar Baru Darulaman, Jitra KEDAH ??? Bandar Baru Darulaman tu MELAKA ke ??? Dan satu lagi kod kad pengenalan 71 tu kod mana yer ??? Kod 71 tu lahir kat Melaka ke ??? 

Setelah diasak dengan isu bukan anak tempatan, akhirnya calon Pas ini akur dan seterusnya menukar alamat kediamannya di Masjid Tanah baru-baru ini. Ianya dibuktikan oleh seorang pencacai yang bijaksana dengan mengupload gambar di facebook. Lihat gambar di bawah, Kad Pengenalan serta alamat baru terkini calon Pas P134 Masjid Tanah Saudara Nasaie Ismail. Tukar alamat sekalipun, mengundi tetap di Pahang bro hehehehe. Yang kelakarnya, pencacai yang bijaksana ni lupa nak hitamkan no ic Nasaie yang di bawah gambar ic tu hehehe Selanjutnya KLIK SINI



P/S : Kepada Nasaie, BDJ serta rakan2 lain memohon ampun dan maaf kerana tiada niat kami nak menyentuh peribadi anda dan keluarga. Akan tetapi, ini kerana kebijaksanaan, kepandaian, kecerdikkan serta soal cabar mencabar oleh pihak  penyokong dan pencacai anda di Masjid Tanah. Apa pun BDJ serta rakan2 seperjuangan di Masjid Tanah ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah menukar alamat tebaru di sini. Satu soalan cepu emas BDJ serta rakan2 di Masjid Tanah untuk anda, sempat ke balik mengundi di Pahang dan Kedah ??? Tunaikanlah tanggugjawap anda kepada Negara, dengan MENGUNDI. Saya pilih MENGUNDI....




Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Friday, April 26, 2013

Calon Pas Masjid Tanah Kantoi Dengan Pencacai Sendiri

Sebelum BDJ nak menerangkan apa yang telah terjadi, izinkan BDJ untuk ketawa sehingga lebam dan berguling-guling di atas lantai hehehehe .. huhuhuhu .. hihihihi . Anda semua masih ingat mengenai calon Pas di P134 Masjid Tanah, Mohd Nasaie Ismail ??? SU akhbar kepada Presiden Pas yang telah dicalonkan mewakili Pas untuk bertanding di kerusi P134 Masjid Tanah bagi PRU13 ini. Anda semua sedia maklum, yang Nasaie ini bukan anak tempatan di Masjid Tanah, Melaka. Tetapi, akibat terlalu taksub para penyokong dan pencacai Pas di Masjid Tanah ini bagai nak runtuh mempertahakan yang si Nasaie ini sudah lama bermastautin di Masjid Tanah, Melaka.

Pendedahan pertama yang telah dibuat oleh pihak Bloggers dan Cybertrooper Masjid Tanah. Mengundi pun di Dun Jengka dan Parlimen Kuala Krau, Pahang.


Pendedahan kedua yang telah dibuat oleh pihak Bloggers dan Cybertrooper Masjid Tanah. Majlis perkahwinan Nasaie di Jengka 16, Pahang.


Pencacai Pas di Masjid Tanah masih tetap mempertahankan yang Nasaie sudah lama menetap di Masjid Tanah. Setelah tidak dapat membuktikan apa yang mereka perkatakan, akhirnya pencacai mengaitkan pula Isteri kepada Nasaie berasal dari Masjid Tanah. Ada juga yang kata orang Gadek, Alor Gajah, Melaka. Mana satu pun BDJ tidak pasti. Yang pastinya tunggu masa dan ketika untuk BDJ dan rakan-rakan di Masjid Tanah bongkarkan. Akibat serangan bertali arus ke atas Nasaie oleh para Bloggers dan Cybertrooper di Masjid Tanah, akhirnya pihak pencacai-pencacai najis upahan yang cerdik lagi pandai ini membuat satu pendedahan di laman sosial facebook.  

Pendedahan ketiga yang telah dibuat oleh penyokong dan pencacai Pas sendiri di Masjid Tanah. Hehehehe Kantoi Bro


Baru tukar alamat ic kira baru menetap lah Bro hehehe Nasaie baru tukar alamat ic tu, nampak sangat baru nye. Buat kat UTC Melaka tak sampai 2 jam sudah siap. Baru tukar, tapi mengundi masih lagi di Jengka ok Bro hehehe Yang si pencacai ni pula hanya hitamkan no ic di atas, di bawah gambar tidak di hitamkan. (840502-06-5763) Dah kantoi hehehe 

P/S : Edisi kantoi oleh pencacai Pas Masjid Tanah. Kalau tak reti nak hitamkan no. ic tu kami boleh tolong ajarkan Bro hehehehe .. huhuhuhu .. hihihihi Kesian pencacai Pas Masjid Tanah ni kan. Nampak sangat cerdiknya sebab terlalu banyak makan DEDAK. Kepada Nasaie, pihak kami memuji pencacai anda yang telah terang lagi nyata mengeluarkan no. ic anda. Jangan salahkan pihak kami .. Mohon maaf yer hehehehe

Thursday, April 25, 2013

Lebih 5 Ribu Hadir Ke Ceramah PAS Masjid Tanah

Masjid Tanah, 25 April - BDJ sempat dimaklumkan oleh seorang kenalan di Masjid Tanah awal pagi tadi yang memberitahu, lebih 5 ribu hadirin yang membanjiri ceramah PAS malam tadi berhadapan Masjid Kg. Ayer Limau Masjid Tanah, Melaka. Walaupun dalam keadaan yang sejuk kerana hujan membasahi bumi Masjid Tanah, kehadiran orang ramai amat tidak diduga sama sekali. Angin perubahan bertiub semakin kencang di Masjid Tanah, adakah Kubu Kuat Barisan Nasional ini akan tumbang ??? Antara penceramah yang hadir memberi ceramah malam tadi dihadapan lebih 5 ribu orang adalah "Pesuruhjaya Pas Melaka"


HAKIKATNYA ??? 


Hambar !!! Begitulah yang BDJ dapat ulaskan mengenai sambutan trak Optimus Prime yang macai-macai PAS ni bangga-banggakan. Hanya segelintir macai-macai PAS yang setia  kelihatan bersama untuk menyaksikan ceramah penuh fitnah dari treler PAS di hadapan Masjid Kg. Ayer Limau, Masjid Tanah malam tadi. Kalau hendak dibatalkan, malu pula nanti  kan? hehehe tapi akhirnya kantoi juga apabila hanya beberapa kerat saja yang datang. Hujan-hujan lebat camni elok tarik selimut lagi baik. Camna nak tawan Masjid Tanah kalau macam ni?. Lain kalilah yer....hehehehe

Wednesday, April 24, 2013

Calon PAS Merayu Berkempen Hingga Ke Maghrib

Al-kisah ~ P134 Masjid Tanah merupakan kubu kuat Barisan Nasional disalah sebuah Negeri di Malaysia iaitu Negeri Melaka. Kerusi Parlimen serta 5 kerusi Dewan Undangan Negeri semuanya dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang mana kesemua calon dari UMNO/BN menang bertanding dikerusi masing-masing pada PRU yang lepas.

BDJ ingin berkongsi dengan rakan-rakan di sekitar Masjid Tanah dan di mana jua anda berada. Kisah mengenai seorang calon PAS di N01 Kuala Linggi. Calon ini merupakan anak tempatan di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka. Beliau dipanggil dengan gelaran Ustaz Julas atau nama penuhnya Julasapiyah B Kassim. Beliau mula bertanding menjadi calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi sejak PRU10 (1999) ketika itu beliau berumur 30 tahun. 

Tidak dinafikan PAS mempetaruhkan calon muda, akan tetapi lihatlah dari segi sejarah yang lampau. Sejak dari tahun 1999 (PRU10), 2004 (PRU11) dan 2008 (PRU13) ternyata rakyat dan pengundi di DUN N01 menolak calon ini. Kini beliau kembali lagi bagi mempertaruhkan nasib untuk mencuba kali yang ke-4 pada PRU13 (2013) dengan menjadi calon PAS di Kerusi Dewan Undangan Negeri yang sama. Apakah faktor PAS di Masjid Tanah tidak mempunyai calon lain ??? Meletakkan muka yang sudah 3 kali bertanding dan kalah ??? Rakyat bukan tak sedar perkara ini. Takkan PRU14 dan PRU15 nanti pun dia lagi mahu jadi calon ??? hehehe

Keputusan PRU-10 Tahun 1999

Keputusan PRU-11 Tahun 2004

Keputusan PRU-12 Tahun 2008

Anda sebagai pembaca di blog BDJ oleh menilai sendiri. Sejak dari tahun 1999 pada PRU10 lagi beliau telah ditolak oleh rakyat di DUN Kuala Linggi. Seterusnya PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) yang lepas. PRU-13 kali ini beliau sekali lagi mempetaruhkan nasib di kerusi yang sama dan beliau akan dicabar satu lawan satu oleh Calon BN (yang mempertahankan kerusi) Datuk Ar Hj Ismail Othman, anak tempatan juga dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka.

Kini beliau (Calon PAS) N01 Kuala Linggi giat berkempen sehingga lupa masa dan ketika. Mana tidak nya, BDJ mendapat maklumat dari seorang rakan di Masjid Tanah memberitahu, berkempen sampai ke senja. Azan maghrib telah berkumandang baru lah dia nak terhegeh-hegeh turun dari lori. Bukan ke orang PAS suka duduk di Masjid dan Surau-surau ketika menunggu masuk waktu solat ??? bukan ke PAS membawa imej Islam ??? Tapi lain pula jadi buat calon ni serta pengikut-pengikutnya. Betul-betul kempen ni bro hehehe


Sempat rakan BDJ emel kan gambar yang di snapnya sewaktu ke Pasar Malam Kuala Sungai Baru minggu lepas. Ketika ini azan sedang berkumandang menunjukkan masuk waktu Maghrib. Baru si calon terkial-kial turun dari lori dan beredar hehehe (bersongkok puteh dalam bulatan).


"Berilah Saya Peluang Untuk Berkhidmat Untuk Rakyat" Sampai merayu-rayu yer bro hehehe masuk ni dah empat kali masuk bertanding di PRU Malaysia. Bukan rakyat tak mahu beri peluang kepada anda, tapi parti yang anda bawa tu rakyat menolak sekeras-kerasnya. Jadi ada akal fikir-fikirkan lah sendiri. N01 Kuala Linggi tetap akan menjadi Kubu Kuat Barisan Nasional Masjid Tanah & Melaka. 



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Tuesday, April 23, 2013

PANAS : Seorang Doktor Klinik Kerajaan Menjadi Agen Kempen PR

Gambar Hiasan

Masjid Tanah, 23 Mac - BDJ baru sahaja mendapat satu maklumat dari seorang rakan di Masjid Tanah yang memberitahu ada seorang Doktor yang berkhidmat disalah sebuah Klinik Kerajaan di sekitar kawasan Masjid Tanah sedang giat berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Melaka.  Sumber memberitahu, seorang wanita lingkungan usia 40-an dari Tanjung Bidara membuat pemeriksaan kesihatan disalah sebuah klinik kerajaan di sekitar kawasan Masjid Tanah kira-kira jam 12.45 tengahari tadi. 

Doktor yang dimaksudkan adalah seorang lelaki, bukan berbangsa melayu, memakai cermin mata seterusnya memeriksa wanita berkenaan sambil bercerita dan memburuk-burukan kerajaan Negeri Melaka. Wanita berkenaan hanya mampu tersenyum dengan kenyataan doktor tersebut. Malah bukan itu sahaja, Doktor tersebut juga sempat memberikan flyers pakatan pembangkang kepada wanita berkenaan. Wanita itu yang terpinga-pinga lalu beredar setelah mendapatkan rawatan dan seterusnya balik ke rumah lalu menceritakan kejadian kepada rakan BDJ.

P/S Wah! Pakatan pembangkang di Melaka sungguh hebat sehingga ada agen untuk berkempen di Klinik Kerajaan. Buat Doktor yang menjadi tali barut PR, lu pikir lah elok2 bro sebelum buat perkara berkenaan. Kalau nak berkempen pun gunakanlah saluran yang betul. 

Panas : Calon Pas Terus Dikecam Ahli PKR Masjid Tanah

Masjid Tanah, 23 Mac - Calon PAS bagi kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah terus dikecam oleh ahli-ahli PKR Masjid Tanah sendiri, ini kerana beliau merupakan orang luar serta bukan anak tempatan. Luahan rasa oleh sesetengah ahli PKR dan PAS di Masjid Tanah dapat dilihat melalui laman sosial facebook. 


Dek kerana Nasaie ini merupakan SU Akhbar kepada Presiden PAS, maka ramai dikalangan pemimpin-pemimpin PAS di Masjid Tanah tunduk membisu dan berdiam diri. Hakikatnya perkara ini merupakan masalah dalaman yang agak serius kerana PAS bukan tiada calon dari kalangan anak tempatan khususnya di Masjid Tanah. 



Pastikan pilihan anda untuk kali ini tepat dan betul. Masjid Tanah adalah merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak dulu lagi. Ayuh rakyat Masjid Tanah kita tolak orang luar ini, siapa dia untuk kita jadikan pemimpin sedangkan selok belok sekitar Masjid Tanah pun dia tak tahu. Untuk melihat perbandingan antara kedua-dua calon BN dan PAS di Masjid Tanah KLIK SINI


Undilah Barisan Nasional. Undilah anak tempatan Masjid Tanah.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. 

Friday, April 19, 2013

Wajib Baca : Kisah Calon BN Dan Pas P134 Masjid Tanah

P134 Masjid Tanah merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional di Negeri Melaka. Pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 yang lepas, semua calon dari UMNO menang di kerusi Parlimen dan Dun masing-masing. Penyandang kerusi Parlimen Datuk Wira Abu Seman Yusop yang merupakan Timb. Menteri Dalam Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah menang majoriti yang mudah pada kedua-dua PRU yang lepas. 

Pada PRU13 kali ini, kerusi parlimen P134 Masjid Tanah bertukar wajah dengan mempertaruhkan seorang calon wanita dan orang muda. Mas Ermieyati Samsudin, Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka, dicalon untuk mempertahakan kubu kuat BN di P134 Masjid Tanah. Bagaimapun dicabar oleh PAS yang juga meletakkan calon muda iaitu Mohd Nasaie Ismail, Setiausaha Akbar Presiden PAS untuk merebut P134 Masjid Tanah.

Perbezaan di antara kedua-dua calon ini adalah ; 


Calon BN P134 Masjid Tanah, Mas Ermieyati ini adalah anak jati di Masjid Tanah, lahir di Hospital Besar Melaka dan menetap di alamat No. 7227 Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah Melaka. Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka sehingga darjah 6. Seterusnya mendapat tawaran ke Sekolah asrama penuh di Sekolah Tun Fatimah JB. Menunaikan tanggungjawap sebagai seorang warganegara Malaysia dengan mengundi di DUN N03 Ayer Limau dan di P134 Masjid Tanah.


Manakala calon PAS ini pula tak tahu mana asal usulnya. Dengar cerita bukan anak tempatan dari Melaka mahupun berasal dari Masjid Tanah. Mana tidaknya, mengundi pun di DUN Jengka dan P087 Kuala Krau. Rasanya calon ini orang Pahang. Anak Pahang sejati dan tulen dari Pahang. Jika benar sudah menetap lama di Melaka dan Masjid Tanah, masakan alamat Kad Pengenalan tidak ditukarnya ??? masa tak ada ke BRO nak tukar alamat ??? bagaimana nanti nak beri masa waktu menjadi pemimpin di Masjid Tanah bersama rakyat ???. Seterusnya menukar tempat mengundi di Masjid Tanah? Nampak sangat Sabtu dan Ahad balik Pahang hehehe...

Anda mahu lagi ??? 


Apa kurang hebatnya dengan Mas Ermieyati calon BN anak muda dan anak tempatan dari Masjid Tanah ini ??? Beliau juga berpendidikan tinggi, berpengalaman luas dalam bidang politik. Beliau bukan setakat memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian saja. Kalau anda nak tahu, sila rujuk di bawah ini ; 




 
*** KHAS buat pencacai PR di Masjid Tanah. Kita berkata menggunakan fakta, bukan main bubur sahaja macam pencacai yang kuat makan DEDAK ni. Berapa KILO satu hari NASAIE bagi kamu makan DEDAK ??? hehehehe

Sewaktu Nasaie hingusan ni lagi dan belajar di UM, Mas Ermiyatie ni dah menjadi seorang yang bekerjaya dan memegang jawatan politik yang tinggi di Masjid Tanah, Negeri Melaka dan peringkat kebangsaan Malaysia. Cacai PR di Masjid Tanah tolonglah guna fakta yang betul. Jangan bubur main sedap ajer hehehe... 

"Gambar di atas ialah Mahasiswa UM- PMIUM ppro PAS iaitu Mohd Nasaie Ismail mahasiswa tahun akhir UM. Dulu beliau ialah Presiden Kelab Islam Hadhari UM (berlakon baik depan TNC sebagai kelab yang sokong kerajaan). Sekarangnya tembelangnya pecah. Beliau kelihatan dalam team parti Keadilan." Selanjutnya KLIK SINI  

P/S : Yang pentingnya rakyat dan penduduk di Masjid Tanah bukan tak sedar yang calon PAS ini bukan anak tempatan. Mana lah dia ni tahu selok belok Masjid Tanah. Mengapa perlu ingin bertanding di kawasan P134 Masjid Tanah ini ??? sedangkan mengundi pun di luar. Agak2 lah kan sempat tak Nasaie ni balik mengundi pada 5 Mei 2013 ini ??? hehehe UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL P134 Masjid Tanah. 

Thursday, April 18, 2013

Kini Ulama Bukan Lagi Tulang Belakang Perjuangan PAS

SEJARAH penubuhan PAS dimulakan oleh para ulama yang kononnya berjuang menegakkan Islam di negara ini kerana kerajaan sedia ada pada ketika itu tidak menurut ajaran Islam sepenuhnya.



Situasi itu kini berubah apabila PAS kini dilihat tidak ubah seperti DAP dan PKR serta berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam berdasarkan kepada nama parti tersebut.Penampilan pemimpin PAS yang kononnya warak dan zuhud melalui jubah dan serban juga menyumbang kepada kejayaan penipuan mereka.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS apabila golongan agamawan dan cerdik pandai agama tidak lagi menjadi tulang belakang PAS, sebaliknya bertukar arah kepada Umno kerana mereka kecewa dengan pendirian PAS yang telah berubah.
Sebaliknya mereka melihat Umno sahaja yang kini berpegang kepada ajaran Islam sebenar tanpa menggunakan agama untuk tujuan politik peribadi. Golongan alim ulama dan cerdik pandai sudah celik mata. Mereka sedar bahawa PAS sekadar mempergunakan Islam demi politik kotor.
Golongan yang dulunya dikenali sebagai penyokong tegar PAS kini dilihat menyertai majlis Umno dan menjauhi parti berlabel Islam itu menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pangkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS kini kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai Umno jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.
Mereka yang pada pilihan raya umum sebelum ini begitu kuat dan setia membantu PAS kini menyesal sebaliknya membantu jentera BN dan Umno demi mahu menegakkan Islam denngan cara yang diredhai Allah. Antara kumpulan berkenaan yang bersepakat bersatu menggembleng tenaga membantu Umno termasuklah Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kesemua mereka kini bersatu Umno yang di label murtad dan amalan tidak diterima Allah kerana meninggalkan Islam oleh Nik Aziz.
Demi kepentingan agama, bangsa, dan negara, kumpulan ulama ini nekad menjauhi PAS sebaliknya merapati Umno dan BN. Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
Bukan setakat Kelantan, di kawasan-kawasan lain turut dilihat golongan ulama ini merpati Umno, termasuk di Puchong, apabila 80 penyokong tegar PAS di kawasan itu Umno sekali gus menubuhkan Cawangan Umno Baitul Dhuyuf.
Alim ulama dan cerdik pandai tidak lagi menyokong PAS ekoran kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP dan PKR.
Pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Nik Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk persemadian pemimpin-pemimpin PAS.

Wednesday, April 17, 2013

TERKINI SAH N02 Tanjung Bidara Calon Baru

Tn Hj Md Rawi Mahmud

Masjid Tanah, 17 April - BDJ mendapat Berita baru diterima dari Melaka dari sumber2 bawah tanah. Calon baru yang akan menggantikan tempat Datuk Ab Karim Sulaiman di Dewan Undangan Negeri Melaka N02 Tanjung Bidara adalah Tn. Hj. Md. Rawi B. Mahmud. Beliau merupakan AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah. Bekas seorang guru di Sekolah Masjid Tanah. Tahniah

PANAS ! Pencacai PR KANTOI Balun Belakang Anwar ?

Tergelak Besar BDJ melihat aksi seorang demi seorang Pencacai Najis + Makan Dedak ni. Mana tidaknya, sudah lah mencuru posting dari BDJ dan diputar belitkan fakta pula. Sejibik macam ketua nya Brader Anwar hehehe Anda semua nak tahu ape di sebalik kekantoian nya? BDJ telah postkan satu artikel mengenai penarikan diri seorang calon di Melaka, N02 Tanjung Bidara Datuk Ab Karim Sulaiman petang tadi kerana faktor kesihatan beliau. Artikel berkenaan telah dikeluarkan pada jam 3.27 pm KLIK SINI

Yang menjadi lucunya disini, apabila seorang pencacai PR telah mengeluarkan post yang sama KLIK SINI tetapi membuat cerita yang merapu-rapu seolah-olah baru lepas makan dedak yang banyak sehinggakan menjadikan mabuk!  hahaha 

Sudah lah mencuri posting orang lain. Buat cerita nak gempak saja, Woi cacai PR orang dah lama post benda ni, ko baru nak curi dan buat fitnah jerk! Kalau nak kasi TIP TOP blog buat lah cara yang profesional. Bukan cara macam cai PR makan dedak ni. Anda nilaikan sendiri hehehe 

Kalau nak tahu cerita sebenarnya sila KLIK SINI

TERKINI Salah Seorang Calon BN di Melaka Tarik Diri

Masjid Tanah, 17 April - BDJ baru sahaja menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan yang memberi maklumat dan mengesahkan mengenai penarikan diri seorang calon BN yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N02 Tanjung Bidara iaitu Datuk Ab Karim Sulaiman. Beliau yang disenaraikan menjadi calon semalam untuk bertanding dan mempertahankan kerusi  Dewan Undangan Negeri N02 Tanjung Bidara yang didudukinya selama dua penggal, menarik diri hari ini kerana faktor kesihatan beliau sejak kebelakangan ini. 

Datuk Ab Karim Sulaiman

Antara nama-nama yang disebut untuk mengganti tempat beliau adalah Sdr. Jamilludin Jonit Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah. Anak tempatan yang berasalal dari Kg. Pulau Masjid Tanah Melaka. Pencapaian dalam bidang politik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka 1998-2004, EXCO Pemuda UMNO Malaysia 2001-2004, AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah 2005-2008 dan Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah 2008 hingga kini. 

Sdr Jamilludin Jonit

Beliau antara tokoh pemimpin yang disegani di Masjid Tanah. Penglibatan dalam bidang politik bukan setakat setahun dan dua tahun. Beliau senang didampingi oleh semua peringkat usia lebih-lebih lagi golongan muda dan belia. Penduduk di sekitar Parlimen Masjid Tanah terutamanya di DUN Tanjung Bidara amat mengenali beliau kerana ketokohan kempimpinan masa menerajui Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Negeri Melaka.

Calon Wanita Pertama P134 Masjid Tanah Melaka `Tak Kenal Maka Tak Cinta'

Mungkin ramai yang terkejut disebalik pengumuman nama calon Barisan Nasional yang diumumkan semalam diseluruh Malaysia. Mungikin ada kata Calon itu tak sesuai dan mungkin akan kata ada calon yang memang diharapkan untuk mewakili mereka. Semuanya sudah tersurat dan apa yang jelas Tranformasi Najib Razak bukan sahaja dibawa ke dalam UMNO, Kerajaan malah dalam parti Barisan Nasional juga Najib Razak melakukannya.

BDJ berminat untuk mengulas mengenai seorang calon di Melaka ini apa tidaknya, mencatat sejarah apabila menjadi wanita yang pertama dicalonkan di salah satu kerusi parlimen di Melaka. Apa pun BDJ ingin mengucapkan tahniah kepada Mas Ermieyati Samsudin kerana diberi kepercayaan pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kerusi P134 Masjid Tanah, Melaka.

Setelah diumumkan senarai calon BN di seluruh Malaysia semalam, maka bermulah kritikan dari cacai-cacai PR seluruh Malaysia, dan tidak terlepas juga pada calon wanita di P134 Masjid Tanah ini. Kritikan demi kritikan oleh cacai-cacai PR khususnya di Masjid Tanah yang telah memperlekehkan calon wanita pertama Masjid Tanah di dalam Negeri Melaka. Di sini BDJ nak menerangkan sedikit mengenai calon di P134 Masjid Tanah ini ; 
Nama : Mas Ermieyati Bt Samsudin
Tarikh Lahir : 13 November 1976
Umur : 37 Tahun
Tempat Lahir : Hospital Besar Melaka
Status Perkahwinan : Berkahwin
Alamat Rumah : No. 7227 Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah Melaka











P/S Kepada pencacai-pencacai PR di Masjid Tanah, jangan dok asyik nak meroyan yer. Ini calon anak tempatan, orang tempatan, lahir di Masjid Tanah, mengundi di Masjid Tanah dan semuanya di Masjid Tanah. 

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.