Semalam ada seorang blogger yang namanya cukup besar dipersada Malaysia 'menghentam' Tok Ali kerana dikhabarkan Tok Ali mahu menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung UMNO di dalam Perhimpunan Agong yang akan datang. Baru khabar angin orang sudah mahu melenting. Hebatnya Tok Ali kan!!
Tidaklah salah sekiranya blogger tersebut memberikan pandangannya dari sudut ketidaklogikan Tok Ali diberikan mandat untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO tetapi ada bait-bait kata blogger tersebut yang membuatkan kami rakyat Melaka berasa sangat dukacita.
Benar! Tok Ali tewas di dalam PRU yang baru lalu tetapi kami rakyat Melaka cukup merasa terhutang budi dengan jasa Tok Ali membangunkan dan memajukan negeri kami.
Selepas era Tan Sri Rahim Tamby Chik kami rakyat Melaka sangat khuatir apakah pengganti Tan Sri Rahim akan mampu mentadbir Melaka sebaik Tan Sri Rahim? Alhamdulillah kami diberikan Tok Ali yang pada hemat kami rakyat Melaka sebagai antara Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia.
Tanyalah kepada mana-mana pelancong yang datang ke Melaka apakah perasaan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Hang Tuah ini. Biarpun negeri kami kecil dan kekurangan sumber alam semulajadi tetapi berkat kerjasama kami semua rakyat Melaka dan dengan kebijaksanaan pemimpin negeri kami, kami sudah mampu duduk sama rendah bahkan berdiri lebih tinggi dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.
Blogger tersebut menggunakan perkataan 'Apakah yang bagus sangat Tok Ali'. Sukalah kami jelaskan pada blogger tersebut bahawa YA PADA PANDANGAN KAMI TOK ALI SANGAT BAGUS SEBAGAI PEMIMPIN.
Kalau diambil kira faktor kepetahan bercakap sebagai garis panduan bagus atau tidak seseorang itu sebagai pemimpin maka anda harus bertanya kepada diri anda sendiri APAKAH ANWAR IBRAHIM YANG PETAH BERCAKAP ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERKUALITI?
Biar seburuk mana pandangan orang lain pada Tok Ali tetapi kami rakyat Melaka tetap menganggap Tok Ali sebagai 'legend'. Blogger tersebut mengatakan bahawa Tok Ali tidak sepatutnya diberikan peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO kerana pernah digantung daripada bertanding akibat dakwaan politik wang.
Jika benar sekalipun dakwaan itu, Tok Ali sudah pun menjalani hukuman itu dan menerima keputusan Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Buat makluman, ramai ahli UMNO Melaka yang bercadang untuk keluar daripada UMNO tempoh hari apabila Tok Ali disahkan tidak boleh bertanding tetapi apabila melihat kepada ketenangan Tok Ali menerima keputusan itu kami menarik balik keputusan itu.
Jika UMNO pusat merasakan Tok Ali tidak layak untuk diberikan peluang menjawat Setiausaha Agung UMNO atas alasan dakwaan salah laku poliitk wang, kami rakyat Melaka tidak sesekali akan merasa marah atau kecewa dengan keputusan itu tetapi kami akan berasa kecewa jika pemimpin terulung kami itu dicerca dan di hina!!!
Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak nak kami pun tak ingin!!
Sumber : Jebat Berkokok
P/S : Serahkan saja pada Presiden Parti tentang siapa pun dia nak pilih. Bagi aku plak sebagai anak jati Melaka, jasa Tok Ali tetap akan ku kenang. Tapi tak payah lah sampai nak taksub sangat kan. Aku rasa lebih elok Datuk Ali berehat, dah lama dah, buat apa nak pening kepala dengan jawatan2 ni. Bukan boleh bawak mati pun hehehe
Sumber : Jebat Berkokok
P/S : Serahkan saja pada Presiden Parti tentang siapa pun dia nak pilih. Bagi aku plak sebagai anak jati Melaka, jasa Tok Ali tetap akan ku kenang. Tapi tak payah lah sampai nak taksub sangat kan. Aku rasa lebih elok Datuk Ali berehat, dah lama dah, buat apa nak pening kepala dengan jawatan2 ni. Bukan boleh bawak mati pun hehehe
No comments:
Post a Comment