kekalkan

kekalkan

Wednesday, April 24, 2013

Calon PAS Merayu Berkempen Hingga Ke Maghrib

Al-kisah ~ P134 Masjid Tanah merupakan kubu kuat Barisan Nasional disalah sebuah Negeri di Malaysia iaitu Negeri Melaka. Kerusi Parlimen serta 5 kerusi Dewan Undangan Negeri semuanya dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang mana kesemua calon dari UMNO/BN menang bertanding dikerusi masing-masing pada PRU yang lepas.

BDJ ingin berkongsi dengan rakan-rakan di sekitar Masjid Tanah dan di mana jua anda berada. Kisah mengenai seorang calon PAS di N01 Kuala Linggi. Calon ini merupakan anak tempatan di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka. Beliau dipanggil dengan gelaran Ustaz Julas atau nama penuhnya Julasapiyah B Kassim. Beliau mula bertanding menjadi calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi sejak PRU10 (1999) ketika itu beliau berumur 30 tahun. 

Tidak dinafikan PAS mempetaruhkan calon muda, akan tetapi lihatlah dari segi sejarah yang lampau. Sejak dari tahun 1999 (PRU10), 2004 (PRU11) dan 2008 (PRU13) ternyata rakyat dan pengundi di DUN N01 menolak calon ini. Kini beliau kembali lagi bagi mempertaruhkan nasib untuk mencuba kali yang ke-4 pada PRU13 (2013) dengan menjadi calon PAS di Kerusi Dewan Undangan Negeri yang sama. Apakah faktor PAS di Masjid Tanah tidak mempunyai calon lain ??? Meletakkan muka yang sudah 3 kali bertanding dan kalah ??? Rakyat bukan tak sedar perkara ini. Takkan PRU14 dan PRU15 nanti pun dia lagi mahu jadi calon ??? hehehe

Keputusan PRU-10 Tahun 1999

Keputusan PRU-11 Tahun 2004

Keputusan PRU-12 Tahun 2008

Anda sebagai pembaca di blog BDJ oleh menilai sendiri. Sejak dari tahun 1999 pada PRU10 lagi beliau telah ditolak oleh rakyat di DUN Kuala Linggi. Seterusnya PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) yang lepas. PRU-13 kali ini beliau sekali lagi mempetaruhkan nasib di kerusi yang sama dan beliau akan dicabar satu lawan satu oleh Calon BN (yang mempertahankan kerusi) Datuk Ar Hj Ismail Othman, anak tempatan juga dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka.

Kini beliau (Calon PAS) N01 Kuala Linggi giat berkempen sehingga lupa masa dan ketika. Mana tidak nya, BDJ mendapat maklumat dari seorang rakan di Masjid Tanah memberitahu, berkempen sampai ke senja. Azan maghrib telah berkumandang baru lah dia nak terhegeh-hegeh turun dari lori. Bukan ke orang PAS suka duduk di Masjid dan Surau-surau ketika menunggu masuk waktu solat ??? bukan ke PAS membawa imej Islam ??? Tapi lain pula jadi buat calon ni serta pengikut-pengikutnya. Betul-betul kempen ni bro hehehe


Sempat rakan BDJ emel kan gambar yang di snapnya sewaktu ke Pasar Malam Kuala Sungai Baru minggu lepas. Ketika ini azan sedang berkumandang menunjukkan masuk waktu Maghrib. Baru si calon terkial-kial turun dari lori dan beredar hehehe (bersongkok puteh dalam bulatan).


"Berilah Saya Peluang Untuk Berkhidmat Untuk Rakyat" Sampai merayu-rayu yer bro hehehe masuk ni dah empat kali masuk bertanding di PRU Malaysia. Bukan rakyat tak mahu beri peluang kepada anda, tapi parti yang anda bawa tu rakyat menolak sekeras-kerasnya. Jadi ada akal fikir-fikirkan lah sendiri. N01 Kuala Linggi tetap akan menjadi Kubu Kuat Barisan Nasional Masjid Tanah & Melaka. 



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

No comments: