kekalkan

kekalkan

Wednesday, April 17, 2013

TERKINI Salah Seorang Calon BN di Melaka Tarik Diri

Masjid Tanah, 17 April - BDJ baru sahaja menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan yang memberi maklumat dan mengesahkan mengenai penarikan diri seorang calon BN yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N02 Tanjung Bidara iaitu Datuk Ab Karim Sulaiman. Beliau yang disenaraikan menjadi calon semalam untuk bertanding dan mempertahankan kerusi  Dewan Undangan Negeri N02 Tanjung Bidara yang didudukinya selama dua penggal, menarik diri hari ini kerana faktor kesihatan beliau sejak kebelakangan ini. 

Datuk Ab Karim Sulaiman

Antara nama-nama yang disebut untuk mengganti tempat beliau adalah Sdr. Jamilludin Jonit Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah. Anak tempatan yang berasalal dari Kg. Pulau Masjid Tanah Melaka. Pencapaian dalam bidang politik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka 1998-2004, EXCO Pemuda UMNO Malaysia 2001-2004, AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah 2005-2008 dan Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah 2008 hingga kini. 

Sdr Jamilludin Jonit

Beliau antara tokoh pemimpin yang disegani di Masjid Tanah. Penglibatan dalam bidang politik bukan setakat setahun dan dua tahun. Beliau senang didampingi oleh semua peringkat usia lebih-lebih lagi golongan muda dan belia. Penduduk di sekitar Parlimen Masjid Tanah terutamanya di DUN Tanjung Bidara amat mengenali beliau kerana ketokohan kempimpinan masa menerajui Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Negeri Melaka.

No comments: