kekalkan

kekalkan

Tuesday, April 23, 2013

PANAS : Seorang Doktor Klinik Kerajaan Menjadi Agen Kempen PR

Gambar Hiasan

Masjid Tanah, 23 Mac - BDJ baru sahaja mendapat satu maklumat dari seorang rakan di Masjid Tanah yang memberitahu ada seorang Doktor yang berkhidmat disalah sebuah Klinik Kerajaan di sekitar kawasan Masjid Tanah sedang giat berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Melaka.  Sumber memberitahu, seorang wanita lingkungan usia 40-an dari Tanjung Bidara membuat pemeriksaan kesihatan disalah sebuah klinik kerajaan di sekitar kawasan Masjid Tanah kira-kira jam 12.45 tengahari tadi. 

Doktor yang dimaksudkan adalah seorang lelaki, bukan berbangsa melayu, memakai cermin mata seterusnya memeriksa wanita berkenaan sambil bercerita dan memburuk-burukan kerajaan Negeri Melaka. Wanita berkenaan hanya mampu tersenyum dengan kenyataan doktor tersebut. Malah bukan itu sahaja, Doktor tersebut juga sempat memberikan flyers pakatan pembangkang kepada wanita berkenaan. Wanita itu yang terpinga-pinga lalu beredar setelah mendapatkan rawatan dan seterusnya balik ke rumah lalu menceritakan kejadian kepada rakan BDJ.

P/S Wah! Pakatan pembangkang di Melaka sungguh hebat sehingga ada agen untuk berkempen di Klinik Kerajaan. Buat Doktor yang menjadi tali barut PR, lu pikir lah elok2 bro sebelum buat perkara berkenaan. Kalau nak berkempen pun gunakanlah saluran yang betul. 

No comments: