kekalkan

kekalkan

Friday, November 30, 2012

Syok Sendiri! Artis mengaku dipergunakan oleh PAS!


Satu persatu Artis yang "berhijrah" keluar membuat pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan oleh pembangkang iaitu Parti PAS. Terbaru Catriona Ross, seorang pelakon drama televisyen yang telah berhijrah dan telah memakai tudung telah mengaku dipergunakan oleh PAS dan berasa tertipu apabila pada mulanya diundang untuk menjalankan majlis-majlis seperti forum walhal tujuan sebenarnya adalah untuk menghadiri kempen politik mereka.

Sebelum ini juga kes yang sama berlaku kepada penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura apabila dikatakan akan menjadi ahli PAS oleh Naib Presiden PAS sendiri, Salahuddin Ayub. Ning Baizura membalas fitnah tersebut di dalam twitter dan menyatakan dia berhijrah bukan kerana politik. Selain itu, Syarifah Aini juga dikatakan akan menyertai PAS tetapi dia turut menafikan dan merasa terkejut akan berita tersebut.


Sudah terang lagi bersuluh, Artis-artis yang telah berhijrah rata-rata sudah sedia maklum PAS bukan memperjuangkan Islam sebenar. PAS hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja. Namun begitu, MyMassa merasa kasihan melihat masih ada artis yang tidak sedarkan diri setelah dipergunakan oleh PAS sehingga ke hari ini. Apabila habis madu, sepah dibuang, apabila tidak diperlukan lagi, barulah mereka sedar. Maka sudah terhantuk barulah terngadah.

Ejen dakyah PAS


#PAS, parti syok sendiri!

No comments: