kekalkan

kekalkan

Thursday, November 22, 2012

HARAM JADAH !!! PARLIMEN GAMAT DUA INDIVIDU DIHALAU KELUAR...


Sidang media parlimen hari ini kecoh apabila dua individu di arah keluar dari perkarangan sidang media yang di ketuai Ahli Parlimen Bakri, Eng Teck Hwa.

Teck Hwa dari parti DAP hadir bersama Yap Lay Yen, 40 dan Sim Seng Ssan ,31 telah melanggar Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 di mana ruang sidang media di lobi Parlimen hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh anggota Parlimen dan bukannya pihak luar.

Beberapa pegawai keselamatan kemudiannya mengarahkan mereka berdua keluar dari perkarangan sidang akhbar tersebut dan menerangkan peraturan Dewan Rakyat yang tidak membenarkan orang luar mengadakan sidang media di kawasan tersebut.

Kira-kira 10 minit telah diambil untuk mengarahkan mereka beredar dari perkarangan sidang media tersebut. Namun, kerana kedegilan mereka, telah menyebabkan campurtangan dari pihak keselamatan.

Sidang media tersebut ingin diadakan berhubung isu projek Pembangunan Bersepadu penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang mengarahkan perpindahan kubur cina di Pengerang oleh kerajaan negeri Johor.

Pada 8 November yang lalu,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah melarang orang luar dari membuat sidang akhbar di ruang sidang media parlimen ia hanya untuk anggota parlimen sahaja.

No comments: