kekalkan

kekalkan

Thursday, November 22, 2012

Akhirnya ... PAS Hanyalah Parti BERSIH NAJIS dan TELOR Anwar - Tunku Abdul Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kompromi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP yang saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan. 

Beliau menegaskan perkara itu akan berlaku memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa dibalik tadbir adalah DAP.

Bekas Naib Pengerusi DAP itu memberi peringatan kepada rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu yang diingatkan tidak terlalu ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini. 

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan. Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina. 


"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya. 

Beliau turut menegaskan Pas hanyalah tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut. 

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas. 

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," katanya. 

Tunku Abdul Aziz mengingatkan rakyat bahawa negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri justeru memberi amaran jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, rakyat akan menyaksikan keadaan huru-hara. 

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," katanya.

Sumber KL POST

No comments: