Bukan sahaja bendera PAS dipijak-pijak oleh pendemo yang hadir di Padang Merbuk, kehadiran pendemo juga sungguh mengecewakan. Yang ramai hanya di sekitar pentas yang merupakan sebuah lori kecil.
Jika merujuk foro-foto MalaysiaKini di bawah, kita tentu setuju bahawa jumlah yang hadir kurang daripada 10,000 orang.
Dakwaan pemimpin kononnya 55,000 atau 30,000 orang yang hadir merupakan satu pembohongan yang sungguh nyata.
Kesimpulannya, perhimpunan Black505 sangat memalukan Pakatan Pembangkang kerana sambutan yang hambar dan tidak hebat.
Kita boleh saksikan rakyat sudah muak dengan wayang kulit Pakatan Pembangkang yang berterusan berpolitik menyalahkan semua pihak.
Malah, ketidakhadiran beberapa NGO di perhimpunan ini tidak memeranjatkan kerana suara mereka sendiri disampahkan oleh ahli-ahli parlimen Pakatan pembangkang.
Mereka bersuara agar majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini diboikot. Bagaimana pun kesemua Ahli Parlimen tidak mengendahkan suara NGO-NGO itu dan akan hadir juga!
Bayangkanlah betapa hinanya maruah NGO-NGO Black 505 di mata pakatan pembangkang!
No comments:
Post a Comment