kekalkan

kekalkan

Wednesday, May 29, 2013

Tolong Jangan Hina Ali Rustam


Semalam ada seorang blogger yang namanya cukup besar dipersada Malaysia 'menghentam' Tok Ali kerana dikhabarkan Tok Ali mahu menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung UMNO di dalam Perhimpunan Agong yang akan datang. Baru khabar angin orang sudah mahu melenting. Hebatnya Tok Ali kan!!

Tidaklah salah sekiranya blogger tersebut memberikan pandangannya dari sudut ketidaklogikan Tok Ali diberikan mandat untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO tetapi ada bait-bait kata blogger tersebut yang membuatkan kami rakyat Melaka berasa sangat dukacita.

Benar! Tok Ali tewas di dalam PRU yang baru lalu tetapi kami rakyat Melaka cukup merasa terhutang budi dengan jasa Tok Ali membangunkan dan memajukan negeri kami. 

Selepas era Tan Sri Rahim Tamby Chik kami rakyat Melaka sangat khuatir apakah pengganti Tan Sri Rahim akan mampu mentadbir Melaka sebaik Tan Sri Rahim? Alhamdulillah kami diberikan Tok Ali yang pada hemat kami rakyat Melaka sebagai antara Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia. 

Tanyalah kepada mana-mana pelancong yang datang ke Melaka apakah perasaan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Hang Tuah ini. Biarpun negeri kami kecil dan kekurangan sumber alam semulajadi tetapi berkat kerjasama kami semua rakyat Melaka dan dengan kebijaksanaan pemimpin negeri kami, kami sudah mampu duduk sama rendah bahkan berdiri lebih tinggi dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Blogger tersebut menggunakan perkataan 'Apakah yang bagus sangat Tok Ali'. Sukalah kami jelaskan pada blogger tersebut bahawa YA PADA PANDANGAN KAMI TOK ALI SANGAT BAGUS SEBAGAI PEMIMPIN. 

Kalau diambil kira faktor kepetahan bercakap sebagai garis panduan bagus atau tidak seseorang itu sebagai pemimpin maka anda harus bertanya kepada diri anda sendiri APAKAH ANWAR IBRAHIM YANG PETAH BERCAKAP ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERKUALITI?

Biar seburuk mana pandangan orang lain pada Tok Ali tetapi kami rakyat Melaka tetap menganggap Tok Ali sebagai 'legend'. Blogger tersebut mengatakan bahawa Tok Ali tidak sepatutnya diberikan peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO kerana pernah digantung daripada bertanding akibat dakwaan politik wang. 

Jika benar sekalipun dakwaan itu, Tok Ali sudah pun menjalani hukuman itu dan menerima keputusan Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Buat makluman, ramai ahli UMNO Melaka yang bercadang untuk keluar daripada UMNO tempoh hari apabila Tok Ali disahkan tidak boleh bertanding tetapi apabila melihat kepada ketenangan Tok Ali menerima keputusan itu kami menarik balik keputusan itu.

Jika UMNO pusat merasakan Tok Ali tidak layak untuk diberikan peluang menjawat Setiausaha Agung UMNO atas alasan dakwaan salah laku poliitk wang, kami rakyat Melaka tidak sesekali akan merasa marah atau kecewa dengan keputusan itu tetapi kami akan berasa kecewa jika pemimpin terulung kami itu dicerca dan di hina!!!

Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak nak kami pun tak ingin!!

Sumber : Jebat Berkokok

P/S : Serahkan saja pada Presiden Parti tentang siapa pun dia nak pilih. Bagi aku plak sebagai anak jati Melaka, jasa Tok Ali tetap akan ku kenang. Tapi tak payah lah sampai nak taksub sangat kan. Aku rasa lebih elok Datuk Ali berehat, dah lama dah, buat apa nak pening kepala dengan jawatan2 ni. Bukan boleh bawak mati pun hehehe 

Saturday, May 18, 2013

Tahniah Zahid Hamidi Kerana Tidak Menjadi Menteri Amaran !



KUALA LUMPUR 17 Mei - Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Artikel Penuh ; Klik Sini 

Perbuatan Syirik PRU13

Lu olang tonton video kat bawah ni, dengar dan perhatikan betul-betul kerja dia olang ni. BN akan tumbang! ekekeke

Sunday, May 5, 2013

Kejadian Sebenar Tragedi Flashmob Ipoh

Konvoi Pemuda BN dihalang, dimaki hamun oleh pencacai PR dan provokasi melampau

Anda semua rakyat Malaysia pasti boleh menilai dengan lebih baik antara mana yang betul dan salah. Masakan tiada angin, pokok boleh bergoyang? Kejadian Tragedi Flashmob di Ipoh tempoh hari, menjadikan sejarah PRU13 ini. Kepada pencacai-pencacai PR yang dok asyik nak menyalahkan pihak UMNO/BN ko orang kena terima hakikat yang pencacai ko orang adalah punca segala-galanya. Konvoi bermotor pemuda BN disekat, dimaki-hamun dan sebagainya. Hasil dari provokasi melampau pihak PR yang membela beruk-beruk di tepi jalan. Anda semua rakyat Malaysia perlu tahu kejadian sebanar, lihat VIDEO di bawah ini dan teliti satu persatu kejadian sebelum tercetusnya pergaduhan dan pihak mana yang memulakannya dahulu. Jangan kata VIDEO ini di edit pula hahahahahaha

Selamat menonton (Kejadian Sebenar) 



Wednesday, May 1, 2013

Calon Pas Masjid Tanah Menumpang Tadika Pasti Ar-Rahman Sebagai Tempat Kediaman

Cerita Kantoi Bab 2 : Sebelum BDJ ingin memulakan cerita, izinkan BDJ ketawa hingga berguling-guling atas  lantai hahahahaha huhuhuhuhu hehehehehe Apa lah modal pencacai Pas di Masjid Tanah ni. Setelah BDJ dan rakan2 di Masjid Tanah membongkar satu persatu mengenai Nasaie calon Pas di Parlimen P134 Masjid Tanah ini orang luar, maka si pencacai Pas di Masjid Tanah mula panas punggong dan tak senang duduk dibuatnya. Selepas itu, satu kejutan besar telah dibuat oleh puak pencacai ini dengan mengupload gambar My Kad Nasaie di facebook yang menyatakan calon Pas ini telah menetap di Masjid Tanah. Sikit pun gua tak goyang dan tergugat bro ngeh3 ... Cerita Kantoi bab 1 KLIK SINI


Menjadi tanda tanya BDJ serta rakan2 di Masjid Tanah, adakah alamat yang tertera di My Kad calon Pas ini adalah alamat sebenar ??? memang sebenar pun, kerana alamat ini adalah alamat sebuah rumah taman yang dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Rahman di Tanjung Bidara. Anda semua nak tahu tak di mana lokasi Tadika Pasti itu ??? Tahu tak Pejabat Japerun (Pusat Khidmat Masyarakat) Dun Tanjung Bidara ??? Taman tu kat belakang Pejabat Japerun sahaja. ST 1163 tu adalah no rumah @Tadika Pasti Ar-Rahman. Bak kata membe aku lah kan, "Hari2 aku hantar anak aku ke tadika pasti tu, tak perasan pula alamat si Nasaie ni sama dengan alamat tempat anak aku belajar" hahahaha hehehehe huhuhuhu 


Agak-agak ko orang lah kan, siapa yang menumpang duduk kat alamat dan rumah ni ??? Nasaie yang menumpang ke atau budak2 tadika pasti yang menumpang kat kediaman tuh ??? hehehehe aku rasa tadika pasti ni dah lama kat situ, dan ko orang mesti tahu siapa dia punya Owner kan ??? rasa-rasa siapa erk ??? Bukan Ustaz Imran ke calon Pas di N02 yang punya Tadika Pasti tu ??? hehehehe


Ni dia gambaran Tadika Pasti Ar-Rahman di Tanjung Bidara. aptb .. Snap pic waktu malam, keadaan Tadika ni mesti gelap kerana Nasaie belum balik lagi sebab berkempen hehehe Dia balik nanti terang lah Tadika Pasti ni di waktu malam. Orang sekitar taman jangan terperanjat pula yer memalam tadika ni terang menerang, kerana si Nasaie calon Pas Masjid Tanah menetap di sini hehehehe


Inilah gambaran sebenar Tadika Pasti Ar-Rahman Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Si Adly ni buat apa kat sini yer ??? eh muka Ustaz Imran pun ada lah, mana muka Nasaie ni ??? mesti tengah belajar kat dalam Tadika tu kan ??? hehehehe 

P/S : Pada pencacai Pas yang bijaksana, banyak alamat kat Masjid Tanah ni ko orang boleh bubur kad My Kad Nasaie tu, contohnya Pejabat Pos ada, TNB ada, TM Point ada, KFC ada, Family Stor ada, PHD ada, senang2 ko bubur kat Bustand Masjid Tanah jerk hahahaha yang p bubur alamat Tadika Pasti buat apa ??? hang belajar semula ke kat situ Nasaie ??? lepas ni mesti pencacai Pas di Masjid Tanah buat isu yang Nasaie ni antara salah seorang tenaga pengajar (Guru) di Tadika Pasti Ar-Rahman Tanjung Bidara tu kan hehehehe

Tak ada rumah ke nak disewa sampai Tadika Pasti pun nak jadikan tempat kediaman ??? Kesian Nasaie ni, datang dari Pahang dan ditempatkan di Tadika Pasti Ar-Rahman Tanjung Bidara. aptb hehehe



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.