kekalkan

kekalkan

Thursday, July 4, 2013

Mas Ermieyati Tawar Tanding Ketua Puteri UMNO Malaysia


Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Hj. Samsudin (gambar) menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung hujung tahun ini. Exco Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri Umno Melaka itu berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat kajian dan mendapatkan pelbagai pandangan daripada ahli-ahli Puteri dan kepimpinan Umno daripada pelbagai peringkat.

"Sebelum saya membuat keputusan, saya telah berjumpa dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka, Ketua Umno Bahagian, Ketua Umno Cawangan dan saya juga berjumpa dengan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Puteri Umno Malaysia).

"Apabila saya sudah mendapat pendapat mereka ini, mereka memberikan respon yang baik dan positif barulah saya putuskan untuk bertanding," kata beliau ketika ditemui Malaysian Digest semalam.

Bagaimanapun beliau tidak merasakan kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen akan memberi kelebihan kepada beliau sebaliknya menganggap calon-calon lain yang mahu bertanding juga mempunyai yang sama rata.

"Saya melihat calon-calon lain yang mungkin mahu bertanding mempunyai peluang 50-50 dan saya tidak mengatakan peluang saya bertambah baik apabila saya duduk sebagai ahli Parlimen.

"Saya yakin dan percaya seseorang itu mempunyai kelebihan dan kekurangan dan saya akan menggunakan kelebihan saya dan memperbaiki kelemahan saya dalam mencapai matlamat tersebut," kata beliau.

Menurut beliau, kepimpinan Puteri Umno perlu diperkasakan dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka turut bakal menyaksikan persaingan sengit.

"Saya hendak menyediakan pemimpin-pemimpin Puteri yang boleh kehadapan, berani bercakap dan menjadi ikon kepada orang-orang muda dan bukan sahaja kepada ahli puteri sahaja.

"Kita perlu ramai cerdik pandai diluar sana untuk menyertai Umno dan Barisan Nasional supaya mereka dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam usaha memperkasakan parti dan plattform itu hendaklah kita siapkan daripada sekarang," tegas beliau. Rosnah dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno tersebut pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Rosnah, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli. Pemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli.

Pindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.

Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

*** BDJ pernah mengeluarkan artikel mengenai kabinet bayangan UMNO bagi pemilihan  UMNO kali ini. Seterusnya KLIK SINI

Tuesday, June 25, 2013

Video Pelajar Perempuan Di Buli Pelajar Perempuan Bertudung Muncul Lagi !!!




Apa nak jadi sebenarnya dengan golongan muda dan remaja masakini? Apakah kerana terlalu banyak sangat elemen hiburan dan politik ganas, maka mereka bertukar menjadi golongan ganas yang tidak berperikemanusiaan?

Atau sebenarnya mak bapa mereka sekadar mencari rezeki tetapi tidak peduli dengan asal-usul rezeki yang dijadikan darah daging, sehinggakan unsur-unsur syubhah dan haram telah membentuk daging hitam pada anak-anak mereka, sekaligus menukarkan anak-anak mereka daripada seorang manusia yang tubuh badan sahaja manusia tetapi hakikatnya, merekalah jelmaan Iblis. 

Dan terlebih malang lagi, mereka ini pula kelihatan seperti perempuan Islam yang amat menitik beratkan tudung sebagai pakaian Islam kononnya. Malangnya hanya pakaian sahaja Islam, sedangkan hati mereka tidak Islam.

Baca berita di bawah ini yang dipetik dari MSTAR ONLINE

Sebuah video, yang menunjukkan enam pelajar menendang dan menarik rambut seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di Johor, sekali lagi tersebar di siber.

Kes itu pertama kali berlaku pada Februari lalu, tetapi ekoran penghakiman mahkamah terhadap pembuli dianggap longgar, komuniti dalam talian telah didedahkan dengan serangan yang dilakukan oleh enam remaja perempuan berumur 15 dan 16 tahun, dan semuanya memakai tudung ketika itu akan dibuang sekolah dan menjalani pemulihan.

Pada permulaan video, pembuli menarik kemeja-T dan seluar mangsa yang berumur 14 tahun, dan menarik rambut apabila dia menjerit.

"Senyap, sekarang ini cium kaki saya, rasa sedap bukan?” tanya pembuli itu yang memaksa mangsa melutut sehingga muka mengenai kaki.

“Kalau awak buka mulut, saya akan potong (lidah) dengan gunting,” kata seorang lagi pembuli.

Mangsa merenung pada kakinya apabila pembuli menolaknya ke tanah dan memotong rambut mangsa menggunakan gunting.

Mangsa ditendang dan dipukul di bahagian belakang dan kumpulan pembuli itu hanya mentertawakan apabila mangsa menangis.

Seorang pembuli menanggalkan stokingnya dan menggunakannya untuk menggosok ke seluruh muka mangsa sebelum menyumbat ke mulut mangsa.

Mangsa itu kemudiannya dicampakkan tudungnya ke kepala pada akhir video dengan pembuli mengatakan, “Itu saja, terima kasih.”

Rakaman video selama 11 minit itu dengan tajuk seperti ‘Kes Buli Pelajar Sekolah Lagi; telah mencetuskan kemarahan di Facebook dan Youtube.

Sekumpulan pembuli dan mangsa berkenaan dikatakan pelajar-pelajar di Semenchu, Kota Tinggi.

Polis pada halaman rasmi Facebooknya berkata, mereka mereka telah “menguruskan perkara itu” selepas menerima banyak reaksi daripada masyarakat.

Mahkamah majistret pada Februari lalu dilaporkan mengarahkan pembuli itu untuk membayar RM500 kepada mangsa dan menandatangani bon untuk berkelakuan baik selama tiga tahun.

“Mereka juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan setiap bulan selama dua tahun,” kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt Mohammad Nor Rashid.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana penganiayaan secara lisan dan penghinaan.

Koleksi Gambar Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Memalukan #Geng Black 505

Semalam hari paling bersejarah buat pengamal media siber kerana dalam satu hari sahaja pelbagai macam troll telah dicipta untuk mengenakan penyokong pembangkang dan geng-geng Black 505 khususnya. Posting pada kali ini Mymassa kumpulkan koleksi gambar troll yang kreatif, sinis dan sarkastik untuk tatapan semua. 













#Geng Black 505 pasti meroyan. Hahahahaha

Speaker Dewan Rakyat Sindir Pakatan Pembangkang !!!

Baru sehari bermulanya sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dah kena sindir. Belum pun mula berdebat, puak - puak pakatan pembangkang ni dah kena taruk/buboq terang - terangan.

Tapi kita nak tengok jugak la sama ada puak - puak pakatan pembangkang ni berani atau tidak nak sahut sindiran dan cabaran yang dibuat oleh Speaker Dewan semalam.

Kita nak tengok jugak, sejauh mana keikhlasan mereka mewujudkan Pakatan. Adakah mereka benar - benar bersepakat atau hanya bermain wayang dihadapan rakyat?

Disuruh buat 'Kabinet Bayangan', mampu ke diorang? Macam mana diorang nak bahagikan tugas masing - masing sedangkan nak membahagikan kawasan Pilihan Raya pun puas beramuk sesama sendiri. Sepakat Menda Kejadahnya kalau macam tu!!!

Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini.

Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.

"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.

Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.

"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.

"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.

Monday, June 24, 2013

Wawancara Lengkap Bersama Jusuf Kalla - Tentang Perjanjian Anwar Dan Najib ! Baca Dulu Baru Tahu !!

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging". Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

Bapak Jusuf Kalla, Mantan Naib Presiden Indonesia

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.
Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.
Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman's agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, "Kamu sudah gila?" mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari "Polis Washington" supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 

1 Jun 2013.